Nasib apakah yang menimpa
Umat Islam di seluruh dunia
Sentiasa diburu sentiasa dihina
Tiada siapa yang dapat membela
Apa yang berlaku di Negara Bosnia
Adalah lambang kebencian dunia
Bukan memberi kebebasan agama
Kerana Islam musuh mereka
Mereka ditembak dan disembelih
Mereka dihancur dan dileburkan
Mereka dibelah dan dibekukan
Mereka dimusnah dan diletupkan
Hancur luluh berkecai tubuh mereka
Kelihatan tulang dan juga isinya
Anak menjadi yatim tiada berbapa
Si isteri pula menjadi janda
Titisan –titisan darah-darah itu
Perlu dibayar dengan setimpalnya
Secebis daging yang jatuh dan hancur
Secubit kesakitan yang ditanggung
Duhai Umat Islam bangunlah segera
Bebaskan rakanmu juga saudara
Sedang musuh-musuhmu berpesta di sana
Bermaharajalela membunuh dunia
Kepada syuhada di Negara Bosnia
Kepada Syuhada di seluruh dunia
Bidadari syurga rindu menjemputmu
Kedatangan syahid yang amat dirindu
Umroh mendatangkan kedamaian :)
10 years ago
Islam pasti jaya!!!
Islam pasti Jaya!