بلدة الطيبة ورب الغفور

بلدة الطيبة ورب الغفور
Negara Maju Allah Redha

islam memimpin perubahan

islam memimpin perubahan
Daulah Islamiyyah !!!

KEDAH SEJAHTERA

KEDAH SEJAHTERA
Nikmat Untuk Semua

PAS KEDAH

PAS KEDAH
Membangun Bersama Islam

hijaukuning.com

hijaukuning.com
Pulun Kedah Pulun

almuttaqin tv

almuttaqin tv
al-akh Shauqi Iberahim al-Hafiz

AL-AHNAF ENTERPRISE

AL-AHNAF ENTERPRISE
Ust. Zuhud Ulya Iberahim

AHNAF KHAT

AHNAF KHAT
Memartabatkan Seni Khat

SMKA BALING

SMKA BALING
Berilmu Beramal Bertaqwa

alumni smkab

alumni smkab
Seiring Sejalan Bersama SMKAB

ALUMNI S.K.Lanai

ALUMNI S.K.Lanai
Penggerak Intelektual Anda

selamatkan malaysia

selamatkan malaysia
Giliran Kami Memimpin Dunia

negara berkebajikan

negara berkebajikan
Satu Aqidah... Ummah didahulukan

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Jangan Gentar!!!

Jangan Gentar!!!
“Sesungguhnya tribulasi bukanlah tanda lemah atau matinya pendakwah Islam, bahkan ia merupakan bukti wujudnya kehidupan, pergerakan dan kekuatan. Orang yang mati terbujur tidak akan disebat dan tidak akan disakiti. Yang akan dipukul dan disakiti adalah orang yang hidup, bergerak dan menentang”. (Dr. Yussof Qardawi)

Rangkaian Berita

Pimpinan Ummah

Pimpinan Ummah

HIDUP MULIA MATI SHAHID

HIDUP MULIA MATI SHAHID
" Kejayaan bagi sesuatu cita-cita atau fikrah hanya akan tercapai apabila pendokong fikrah itu mempunyai keimanan yang kuat, keikhlasan yang padu, semangat yang tinggi serta kesediaan untuk bekerja dan berkorban secara berterusan" : Mujahid Ust. Fadzil Mohd Noor

HPA INDUSTRIES

HPA INDUSTRIES
Membangun Ekonomi Ummah

MEDAN PERJUANGAN

MEDAN PERJUANGAN
Pemangkin Tradisi Ilmu

HIKMAH MUJADDID

HIKMAH MUJADDID
"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..." (as-Syahid Hassan al-Banna)

FIKRAH SYUHADA

FIKRAH SYUHADA
"Islam akan mencapai kemenangan dengan pengorbanan, darah syuhada menjadi baja kepada perjuangan Islam semenjak dahulu hingga kini" (as-Syahid Ust. Ibrahim Libya)

Mutiara Syed Qutb

Mutiara Syed Qutb
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri..usianya amatlah pendek..bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut..akan tetapi..bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN..usianya panjang..sepanjang perjuangan itu..bermula dari hari diciptakan ADAM..berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam". (as-Syahid Syed Qutb)

Inilah Jalanku

Inilah Jalanku
“Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.” (Dr.Fathi Yakan)

25 Tahun Memali: Memperingati Perjuagan Syuhada'

Posted by Epilog Seorang Pejuang Saturday, November 20, 2010 1 comments



"Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalangkan tanah"

" Jika sampai masanya kamu terpaksa berdepan dengan perjuangan yang memerlukan pengorbanan darah dan nyawa, jangan ada di antara kamu yang memalingkan tumit-tumit kamu ke depan. Kerana jika mati ketika lari itu, maka kamu telah tempah salah satu tiket ke neraka"

" Sesungguhnya perjuangan kita ini tidak akan tamat selagimana sebuah kerajaan Islam tidak tertegak di negara kita.Sekiranya kita mati, nescaya ada mereka yang akan meneruskan perjuangan kita ini. Kerana itu, hendaklah kita berserah kepada Allah dan sekali- kali kita tunduk kepada thoghut..."

" Negara Islam adalah adalah sebuah negara yang amat dinantikan kelahirannya oleh seluruh umat manusia yang menyintai keamanan dan keadilan yang sejati. Rakyat akan mendapat keberkatan.Negara Islam sebenar adalah sebuah negara yang aman makmur disamping mendapat keredhaan Allah SWT. Apabila keamanan digabungkan dengan pengampunan Allah SWT, maka keamanan akan lahir"

" Islam akan mencapai kemenangan dengan pengorbanan, darah syuhada menjadi baja kepada perjuangan Islam semenjak dahulu hingga kini"

" Perjuangan kita bukan sekadar menuntut harga padi, bukan sekadar menuntut harga getah, tetapi perjuangan kita yang sebenar ialah meninggikan syariat Allah"


As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya...


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Enam deklarasi Ijtima' Tarbawi Kebangsaan 2010

Posted by Epilog Seorang Pejuang Tuesday, October 05, 2010 0 comments





MARANG, 3 Okt: Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan meluluskan enam deklarasi.Enam deklarasi tersebut disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.Enam deklarasi itu ialah:-

1. DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.
2. DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usrah sebagai asas utama kepada segala gerak kerja parti.
3. Program ijtima' akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.
4. DPPP memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
5. DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.
6. Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Sekitar Ijtima' Tarbawi 2010

Posted by Epilog Seorang Pejuang Monday, October 04, 2010 0 comments








[ Baca Seterusnya ]
| edit post

IJTIMA' TARBAWI PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Posted by Epilog Seorang Pejuang 0 comments


Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan program Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS peringkat kebangsaan 2010 bermula 1 hingga 3 Oktober 2010 bertempat di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Program tarbawi perdana yang julung kali diadakan sejak sekian lama ini dijangka akan dapat menghimpunkan ribuan jentera pemuda PAS dan pendukung gerakan Islam dari seluruh negara.

Program ijtima’ perdana ini adalah bermatlamat menggerakkan pemuda untuk memahami tanggung jawab membina kekuatan PAS melalui tarbiyah dan sistemnya yang jitu. Ia juga bersempena dengan pindaan perlembagaan PAS terbaru yang telah memberi ruang dan melibatkan jentera pemuda di peringkat kawasan ke dalam program kemuncak parti iaitu muktamar tahunan. Program ijtima’ akan membantu jentera kawasan di seluruh negara untuk memahami dan menilai peranan dan tanggung jawab masing – masing.


Sehingga kini, hampir 20 orang pimpinan PAS telah menyatakan kesanggupan untuk bersama pemuda dalam program ijtima’ tersebut. Di antara kehadiran utama yang akan turun menyampaikan amanat dan wasiat tarbawiyah tersebut adalah al Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, Timbalan dan Naib – Naib Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS selain kepimpinan tarbiyah utama PAS seperti al fadhil Dato Dr Haron Din dan al fadhil Ustaz Dato Haji Yahya Othman.

Lebih memeriahkan, ijtima tarbawi ini dijangka menerima kunjungan tetamu daripada gerakan Islam daripada timur tengah.

Di antara agenda menarik yang telah disusun untuk memeriahkan dan mengoptimumkan hasil tarbawi melalui program ijtima’ ini adalah siri kuliah talaqqi kitab Tafsir al Tibyan syarah surah al Hujuraat oleh pengarangnya sendiri iaitu Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Kitab tersebut yang kini dalam proses ulang cetak sempena program ijtima tersebut telah diberi kata pengantar oleh al fadhil Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat.

Selain itu, program forum, pembentangan, ceramah tarbawi perdana, solat dan bacaan al ma’thurat berjamaah dan lain – lain lagi dijangka akan memeriahkan lagi isi perhimpunan ala mukhayyam perdana tersebut.

Pengarah program ijtima’, Ustaz Haji Azman Shapawi dan Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diberi tugas utama menjayakan program ini ingin merakamkan harapan kepada seluruh jentera pemuda di seluruh negara untuk memastikan kejayaan program ini dengan kehadiran penuh dan komitmen yang tinggi terhadapnya. Semoga Allah memberkati.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Misi Jihad di SBP Integrasi Rawang

Posted by Epilog Seorang Pejuang Monday, January 25, 2010 2 comments

Pada tanggal 22,23, dan 24 Januari 2010 telah berlangsungnya satu Tamrin Qiyadi atau Kem Kepimpinan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI Rawang). Kem Kepimpinan yang bertemakan "Jihad Menegakkan Islam" itu bertujuan untuk menyediakan pelapis kepimpinan masa hadapan. Seramai 13 orang fasilitator daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dijemput khas bagi mengendalikan tamrin ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.





[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Isu Kalimah Allah:PAS Jumpa Paderi, Anjur Dialog, Tidak Berdemo

Posted by Epilog Seorang Pejuang Monday, January 11, 2010 0 comments

Sejak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Membuat keputusan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah atas penerbitannya, pelbagai pihak yang mewakili kumpulan Melayu-Islam khususnya daripada Parti UMNO dan NGO yang menyokongnya telah mengambil tindakan drastik dan tegas membantah keputusan itu dengan menganjurkan siri-siri demontrasi pada hari Jumaat baru-baru ini. Kesannya, emosi umat Islam yang cuba diapi-apikan dengan isu tersebut tidak dapat dikawal lagi sehingga tercetusnya peristiwa membakar gereja pada sebelah malam demonstrasi tersebut diadakan.

Pendirian Majoriti Umat Islam dalam isu ini amat jelas bahawa kita tidak bersetuju sama sekali kalimah Allah digunakan oleh agama lain dalam konteks Negara kita walaupun dari sudut hukum membenarkan agama samawi menggunakan kalimah itu kerana akan menimbulkan kecelaruan di kalangan Umat Islam. Merujuk kepada pandangan Prof Dato’ Dr. Haron Din dan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh ilmuan Islam yang lain jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh agama lain dalam konteks Negara kita akan membawa kepada mudharat yang lebih besar berbanding manfaat. Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita menghadapi isu ini supaya membawa keuntungan kepada Islam.

Dari sudut yang lain saya melihat bahawa masih ada segelintir Umat Islam yang sedar untuk bangkit mempertahankan maruah dengan menentang isu yang amat menyentuh sensitiviti Umat Islam ini. Saya amat insaf dan sedar bahawa isu ini bukanlah isu politik tetapi isu ini cuba dipolitikkan oleh puak-puak yang cuba mengambil kesempatan untuk tampil sebagai pembela Islam bagi meraih sokongan politik yang semakin pudar. Namun, adakah tindakan tersebut berlandaskan prinsip ilmu dan kebijaksanaan serta membawa keuntungan kepada Islam?

Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt dan tindakan-tindakan yang menghina Islam yang tidak perlu saya sebutkan di sini telah berlaku sejak dahulu . Hairannya , tiada pula Umat Islam yang bangkit . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt .

Persoalannya, adakah dengan tindakan membakar gereja menunjukkan bahawa merekalah golongan yang membela dan memperjuangkan Islam? Atau adakah tindakan ini akan merumitkan lagi keadaan sehingga tercetusnya ketegangan yang sukar dikawal?. Islam amat teliti dalam perkara ini terutamanya hal yang berkaitan dengan rumah ibadat agama lain. Dalam situasi perang sekalipun Rasulullah SAW melarang umat Islam daripada memusnahkan rumah ibadat agama lain inikan pula dalam situasi aman seperti yang kita nikmati pada hari ini.

Dalam kekalutan pihak lain menganjurkan siri-siri demonstrasi tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah tersebut, Parti Islam Semalaysia (PAS) tampil dengan pendirian dan tindakan yang lebih matang dan professional bagi mengelakkan ketegangan antara agama yang lebih parah dalam menghadapi isu yang amat sensitif ini. Sehari sebelum siri-siri demonstrasi tersebut diadakan, Pemuda PAS Pusat melalui setiausahanya, Ust. Kamaruzaman Mohammad telah mengambil keputusan menghantar satu surat untuk mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat berhubung isu nama Allah. Pemuda PAS berpandangan bahawa pertemuan dan dialog merupakan ruang yang lebih positif bagi membincang dan menyampaikan hasrat Umat Islam secara lebih harmoni.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abd. Hadi Awang, beliau yakin isu penggunaan kalimah Allah ini mampu diselesaikan dengan mengadakan dialog antara agama. Dialog itu penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung ajaran Islam sebenar berdepan isu-isu berkaitan agama."PAS sedia berdialog, menghadiri majlis-majlis memberi kefahaman kepada rakyat," katanya.

Mursyidul am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abd. Aiz Nik Mat berpandangan bahawa isu penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan kristian untuk menyelesaikan kemelut ini. Beliau menjelaskan jikalau kita terus membiarkan Islam dengan Islam dan Kristian dengan Kristian maka akan timbullah isu seperti ini. Justeru itu beliau menyatakan kesediaannya untuk menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Sejak tercetusnya isu penggunaan kalimah Allah dan peristiwa membakar gereja ini, beberapa pimpinan PAS telah mengunjungi beberapa buah gereja yang terlibat dan bertemu dengan paderi. Tindakan ini mendapat pujian daripada beberapa orang paderi dan langkah ini merupakan pendekatan dakwah yang lebih bijaksana selain menyelesaikan isu ini secara lebih harmoni. Saya juga secara peribadi amat berharap agar rayuan keputusan terhadap isu ini akan memihak kepada Islam.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Minggu Penghayatan Maal Hijrah berlangsung dengan jayanya

Posted by Epilog Seorang Pejuang Thursday, December 24, 2009 1 comments

Presiden ALAM menyempurnakan perasmian penutup Minggu Penghayatan Maal Hijrah
Penggerak-penggerak utama Minggu Penghayatan Maal Hijrah

Pada 18 hingga 19 Disember 2009 yang lalu telah berlangsungnya program kemuncak Minggu Penghayatan Maal Hijrah anjuran Persatuan Asasi KUIS (PERSIS)yang telah berlangsung dengan jayanya. Program yang julung-julung kali diadakan ini yang bertemakan " Hijrah Membina Khaira Ummah" menampilkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang minggu tersebut. Perasmian Penutup Minggu Penghayatan Maal Hijrah telah disempurnakan oleh Presiden ALAM bagi menggantikan Dekan Pusat Asasi, Dr. Zulkefli Hj Aini yang tidak dapat hadir pada majlis perasmian penutup tersebut. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Hijrah Memacu Kebangkitan Ummah

Posted by Epilog Seorang Pejuang Thursday, December 17, 2009 0 comments

Masa beredar, zaman bertukar, suasana berubah. Fajar 1431 H bakal menanti perjuangan yang lebih mencabar.

Oleh: Mohamad Fahmi Bin Iberahim (Presiden ALAM)
(Artikel ini telah disiarkan dalam risalah Bicara Hijrah dan bakal disiarkan di dalam majalah Manifestasi ALAM)

“ Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan “.(at-Taubah: 20)

Kedatangan 1 Muharam 1431 H menandakan bermulanya satu lagi lembaran baru bagi seluruh umat Islam khususnya bagi seluruh pendokong gerakan Islam dan penggerak-penggerak jihad. Masa beredar zaman bertukar, suasana berubah. Tahun Baru Hijrah datang dan pergi namun ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya roh hijrah itu dan tuntutannya tidak dapat diterjemahkan dalam kehidupan. Kahadiran Maal Hijrah merupakan suatu manifestasi penerusan usaha untuk menterjemahkan makna hijratul Rasul ditengah cabaran yang semakin sengit dan berterusan.

Penghijrahan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah adalah merupakan satu dimensi baru kepada dakwah Islamiyah dan penghayatan kepada ajaran Islam yang sebenar seterusnya menjadi era peralihan dalam perjuangan Islam dari tahap pembinaan aqidah, ibadah dan akhlak kepada pembentukan masyarakat dan Negara (Daulah Islamiyah) di mana syariat Allah terlaksana di dalamnya.

Sejarah telah menukilkan bagaimana Rasulullah s.a.w menanamkan benih-benih perpaduan, persaudaraan, tolong menolong, pengorbanan, kesungguhan, kecintaan dan ketakwaan di dalam sanubari umat Islam ketika itu iaitu antara golongan Muhajirin dan Ansar. Itulah elemen-elemen terpenting bagi umat Islam ketika itu sebagai persediaan menghadapi cabaran dan ujian yang lebih mencabar dalam memastikan Islam sebagai suatu sistem yang syumul yang berupaya menggantikan sistem ciptaan manusia, sekaligus mampu mengangkat Islam mengatasi segala-galanya sehingga tertegaknya daulah Islamiyah yang pertama iaitu Negara Islam Madinah.

Demikianlah keadaan kita umat Islam masa kini. Perubahan zaman, tamadun, budaya dan teknologi manusia hari ini yang begitu pantas sebenarnya menghambat umat Islam melakukan persediaan dan persiapan yang jitu lagi mantap seiring pemerkasaan tarbiyah bagi menghadapi perubahan dan kejutan tersebut. Ini penting bagi memastikan usaha dakwah Islamiah dan perjuangan mengembalikan keizzahan Islam akan sentiasa lancar, progresif dan efisien di tengah-tengah arus perubahan dunia. Perjuangan meneruskan visi dan misi Rasulullah s.a.w di muka bumi ini iaitu meninggikan kalimah Allah bukanlah bersandarkan slogan indah atau retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji Islam ke persada dunia.

Hijrahnya Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan sekadar berpindah tempat tetapi turut menghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, umat yang tertindas kepada umat yang bergerak cergas , umat yang melarat kepada umat yang berdaulat, dakwah yang bergerak di dalam lingkungan terbatas kepada masyarakat yang lebih luas. Hijrah memastikan umat Islam sentiasa bergerak kehadapan bersama suluhan wahyu dalam membina suatu identiti diri malah menjadi contoh teladan yang baik kepada umat lain. Umat Islam yang mempunyai jatidiri yang tinggi dihasilkan daripada hijrah di mana mereka seumpama ikan dilaut yang isinya tetap manis walaupun hidup di dalam air masin. Tidak dikira hijrah jika minda, prinsip dan identiti masih dijajah. Umat Islam yang benar-benar berjaya melakukan penghijrahan ke arah yang terbaik mestilah memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap sistem Islam itu sendiri.

Berbekalkan semangat dan roh hijrah, sudah tiba masanya generasi umat mempersiapkan diri dengan segala kekuatan bahkan lebih dari itu ketaqwaan kepada Allah SWT, bagi menjunjung cita-cita Islam yang syumul dalam menyampaikan risalah Allah di atas muka bumi ini.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Tingkatkan Tarbiyyah Perkasakan Jihad

Posted by Epilog Seorang Pejuang Saturday, December 12, 2009 1 comments


Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan sejahtera.

Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] sentiasa stabil dan seimbang dan tidak tempang di sepanjang jalan .

Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang dengan 3 elemen dan fungsi utamanya iaitu :

a] Harakatut Tarbiyyah ,
b] Harakatud Dakwah dan
c] Harakatus Siyasiah .

Pada pengamatan saya yang serba kekurangan ini, penekanan kepada 3 elemen tadi tidak dapat dilaksanakan secara seimbang dimana penekanan hanya diberikan kepada satu aspek dalam masa yang sama mengabaikan aspek yang lain. Hal ini menyebabkan berlakunya ketempangan yang amat ketara terutamanya berkaitan dengan soal tarbiyyah yang menjadi tunjang kepada gerakan. Situasi ini berlaku di semua peringkat samada peringkat pusat, negeri, kawasan, cawangan mahupun kampus.

Saya juga berpandangan bahawa perlunya suatu usaha untuk melahirkan pejuang dan penggerak jihad yang bukan sahaja tajam pemikirannya, bijak strateginya bahkan bertaqwa kepada Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan nasihat Saidina Umar al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas ketika mengutuskan tentera Islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah: " Wahai Saad! aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah. sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti mereka, maka kamu akan dikalahkan oleh musuh. Ketika itu, kekuatan zahiriyah yang menentukan kemenangan. Hendaklah kamu yakin bahawa kemenangan ini tetletak di atas pertolongan Allah".

Secara konklusinya, semua pihak seharusnya berperanan untuk mengambalikan kekuatan tarbiyyah ke arah membentuk wehdatul fikri dan wehdatul amal bagi memurnikan semangat jihad di dalam setip jiwa umat Islam. Semoga usaha ini akan memberi sentuhan yang amat bermakna bagi setiap penggerak jihad ini.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

ALAM Edar Risalah Tinta Pimpinan

Posted by Epilog Seorang Pejuang Saturday, October 24, 2009 0 comments


Sempena dengan kemasukan pelajar baru ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada sesi kemasukan kali ini, Kelab al-Azhar Members (ALAM) akan mengedarkan risalah Tinta Pimpinan ALAM 08/09 yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar baru.

Risalah Tinta Pimpinan ALAM memuatkan tulisan-tulisan hasil karya penulis-penulis terkenal yang terdiri daripada pimpinan ALAM sendiri. Menurut ketua Exco Akademik & Penyelidikan ALAM, Muhammad Fakhrur Razi yang terlibat secara langsung menyiapkan risalah ini, tujuan Tinta Pimpinan ALAM 08/09 ini dikeluarkan bagi menjana pemikiran mahasiswa dan memuatkan perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan secara bersama.

Semoga usaha murni ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh semua warga KUIS.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Penghargaan Buat Warga Mahkamah Rendah Syariah Baling

Posted by Epilog Seorang Pejuang Friday, October 23, 2009 0 comments



Tarikh 15 Oktober 2009 merupakan detik yang amat menyedihkan kerana tarikh tersebut merupakan tarikh terakhir saya menjalani Latihan Sangkutan Kehakiman di Mahkamah Rendah Syariah Baling (MRSB). Setelah 3 minggu saya menimba segala ilmu dan pengalaman di MRS Baling bermula pada 28 September sehingga 15 Oktober 2009 akhirnya saya berjaya menamatkan latihan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh warga MRS Baling yang sudi menerima kehadiran saya untuk menjalani Latihan Sangkutan Kehakiman di sana.

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga MRSB yang terdiri daripada Tuan Hakim, Yang Arif Tuan Syiekh Ahmad Syukri B. Che Din, Pegawai SULH, Pn Shamsul Nadia Bt. Shahrim, Penolong Pendaftar, Pn Juwairiah Bt. Haron, Ustaz Zekree B. Ismail, Ustazah Faridah, En. Asmuni, En. Abdul Rahman, Puan Zambee, En. Zaharudin, En. Esham dan Pegawai Polis Mahkamah iaitu En Latip dan En. Murat di atas segala nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalani latihan di MRS Baling.

Sesungguhnya jasa baik dan pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan. Semoga ukhuwwah yang terbina akan berkekalan. Didoakan juga semoga kalian sentiasa berada dalam petunjuk dan peliharaan Allah SWT. InsyaAllah Kita jumpa lagi !!!


[ Baca Seterusnya ]
| edit post







[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Ijazah TAQWA Untuk Graduan Madrasah Ramadhan

Posted by Epilog Seorang Pejuang Wednesday, September 02, 2009 0 comments


Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :
يا يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.
( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

Ayat di atas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang difadhukan ini ialah Taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah swt. Maksud yang seerti dengannya ialah puasa kita gagal apabila kita gagal mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini. Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja atau urusan ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaannya sejauh mana ia dicapai. Inilah yang biasa disebut sebagai management by objective.

Penilaian ibadah puasa yang dilakukan ialah memperoleh taqwa. Taqwa ialah menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Imam Hassan Basri menyatakan taqwa ialah memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka. Ibn Abbas menghuraikan taqwa ialah orang yang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal serta taat kepada perintahnya. Kesimpulannya taqwa ialah menjunjung segala perintah Allah dengan penuh rasa perhambaan kepada Allah tanpa ada sedikit keraguan terhadap apa yang diperintah oleh Allah SWT.

Beberapa anugerah Allah yang akan berikan kepada mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya kita sebagai pejuang agama Allah perlu berusaha untuk mendapat darjat taqwa kerana ia akan menjadi bekalan yang cukup bermakna. Antara faedah taqwa yang akan diperolehi oleh hambanya ialah:





[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester : بالتوفيق والنجح

Posted by Epilog Seorang Pejuang Tuesday, September 01, 2009 0 comments



"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya" (An-Najm:39)

Assalamualaikum wbt…dengan waktu yang terbatas, medan peperangan akademik makin menghampiri, ana mengucapkan Selamat Berjihad di Medan Exam kepada semua teman-teman yang akan menghadapi peperiksaan bagi semester ini. Yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan sesekali mensia-siakan usaha kalian. Allah SWT sentiasa bersama dengan penolong-penolong agamanya, sama ada kalian akan memperolehinya di dunia ini ataupun di akhirat sana.

"Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)

Di doakan juga agar kejayaan sentiasa mengiringi perjuangan suci ini hendaknya...insyaAllah...

wassalam.....


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Membina Peribadi Da'ei..

Posted by Epilog Seorang Pejuang Friday, August 28, 2009 1 comments


Dakwah dimulai dari lahirnya sekelompok orang yang sedar dan insaf serta yakin akan tugas mereka, disamping iman yang tebal kepada Allah SWT. Dakwah Rasulullah SAW dibantu oleh para sahabat yang memiliki jiwa pengorbanan yang tinggi berjuang di jalan Allah. Di dalam makna ini, Imam Al-Banna menjelaskan :


“Pembentukan suatu ummah, pendidikan suatu bangsa, pencapaian cita-cita, dan pendukungan prinsip memerlukan kekuatan jiwa yang besar dari ummah atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya itu. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam kemahuan yang kuat dan tidak mengenal lemah, kesetiaan yang padu, tidak mudah terpengaruh, dan tidak kenal uzur, memiliki pengorbanan yang tinggi, mengenal serta mengimani dan memandang tinggi terhadap prinsip perjuangan sehingga seseorang dapat memelihara diri dari penyelewengan atau terpedaya oleh prinsip-prinsip lain”.

Inilah dia sifat pribadi mereka yang mampu mendukung dakwah ini. Inilah dia titik awal kerja dalam dakwah, yaitu melalui proses pembinaan peribadi pendakwah yang jitu. Sebagaimana permulaan dakwah Rasulullah SAW dengan membina peribadi para da'ei seperti yang tergambar dalam surat Al-Muzzamil di mana Allah memerintahkan mereka dengan latihan ibadah Qiyamullail (shalat Tahajjud) sebagai persiapan menghadapi ujian dakwah yang penuh dengan berbagai ujian di hari-hari depannya.

Dimanakah sumber kekuatan dakwah? Sebenarnya, kekuatan bermula dari kekuatan iman, kemudian diikuti oleh kekuatan ukhuwwah Islamiyah, kemudian barulah diikuti dengan kekuatan material dan organisasi.

Kebanyakan orang menyangka bahawa timur kekurangan kekuatan material, peralatan perang, dan perjuangan untuk mereka bangun menyaingi ummat yang telah merampas hak dan menindas mereka. Anggapan ini ada benarnya, namun di sana ada lagi sesuatu yang lebih penting yaitu kekuatan ruh yang terjelma dalam akhlak yang tinggi, jiwa yang harmoni, mengetahui dan meyakini kebenaran, dan pengorbanan demi menunaikan kewajipan.

Kekuatan iman dan ukhuwwah itu kemudiannya berganjak kepada kekuatan ilmu, syakhsiah, tubuh badan, dan kesatuan. Inilah yang menjadi kekuatan tonggak dan asasi. Setelah ini barulah diikuti dengan kekuatan organisasi, media, ekonomi, dan ketenteraan. Adalah anggapan yang keliru bahwa dakwah harus dimulai dengan kekuatan material (kebendaan) karena asas kekuatan awal adalah pribadi du'at itu sendiri, kemudian barulah diikuti dengan kekuatan yang lain. Hakikat ini telah terbukti di dalam sejarah dakwah itu sendiri.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Jihad Memerlukan Rijal...

Posted by Epilog Seorang Pejuang 0 comments


Rijal menurut Syed Qutb; “ Mereka ialah golongan yang mempunyai jiwa yang kental, kuat dan murni. Mereka berjuang dan berjihad tanpa ada sebarang kepentingan duniawi, rela mengorbankan segala-galanya, serta rela menanggung segala macam kesusahan dan pahit getir perjuangan. Mereka berjuang tidak mengharapkan selain keredhaan Allah. Hati yang mereka miliki sanggup mengharungi dan merentasi segala bentuk perjalanan dan nasib di dalam perjuangan, samada kesusahan hidup, dibuang negeri, diseksa, dipenjara dan mampu mengorbankan segala-galanya, sekalipun menempuh maut dan mengorbankan nyawa. Mereka berjuang tidak mengharapkan sebarang pembalasan di dunia, sekalipun balasan itu ialah kemenangan Islam, walaupun balasannya ialah kehancuran golongan yang zalim. Mereka berjuang tidak mengharapkan imbuhan, selain melihat hanya akhirat ialah penentu di antara haq dan bathil. Sehingga apabila telah ditemui hati-hati yang sebegitu, maka akan datanglah pertolongan Allah di muka bumi. Itulah rijal yang layak memikul amanah manhaj Ilahi dan penyebab kemenangan jamaah Islam”.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Posted by Epilog Seorang Pejuang Sunday, August 23, 2009 0 comments


Kami mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi KUIS...


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Perasmian Karnival Jom Ke Masjid II

Posted by Epilog Seorang Pejuang Friday, August 14, 2009 0 comments

dipetik daripada: drshafie.blogspot.com
Presiden ALAM bersama dengan Timb. Nazir, Ust. Abu Zaki, ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dan Ketua Unit Hal Ehwal Islam JPM, Ust. Safwan Ahmad

KUIS: Jumaat 9 Sya`ban = 31 Julai malam: ADUN Bangi dijemput merasmikan karnival masjid yang bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS anjuran ahli Kelab Masjid dan Masjid al-Azhar sendiri. Tujuan diadakan karnival ialah bagi menarik warga kampus mengimarahkan masjid yang berada di tengah-tengah bangunan dan kawasan kampus, khususnya menjelang dan tibanya Bulan Ramadhan. Berbagai-bagai kegiatan diadakan sepanjang karnival yang berlangsung selama seminggu (31 Julai- 7 Ogos). Antara kegiatan ialah kuliah agama, ceramah perdana, munajat, zikir, bacaan ma`thurat, bicara siswa, diskusi ilmiah HAWA, bicara ad-din, sukan dalaman, perlawanan bola sepak, pertandingan nasyid dan kesenian Islam.

Dalam majlis perasmian yang dihadiri lebih kurang 50 pelajar itu ADUN mencadangkan masjid seharusnya bersifat terbuka. Contoh sebahagian pengajaran yang bersesuaian hendaklah dilakukan di masjid, tokoh-tokoh ilmuan dan pensyarah dari luar hendaklah dijemput untuk menyampaikan ilmu, ruang bagi orang ramai dari luar kampus hendaklah dibuka bagi mereka ingin turut hadir. Jika perlu pelajar-pelajar hendaklah wajib hadir berjamaah setiap waktu solat fardu.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Kemerdekaan, Ramadhan dan Perjuangan Islam

Posted by Epilog Seorang Pejuang Thursday, August 06, 2009 0 comments


Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi, ketika menghuraikan "Ideologi dan politik Islam" pernah menyebut:

"Politik Islam mengikut al-Quran dan Sunnah. Politik Islam tidak boleh bercerai tanggal dengan Quran dan Sunnah. Sama ada perkara yang telah tetap hukumnya dan perkara-perkara baru timbul atau ditimbulkan semuanya hendaklah mengikut dan berpandu Quran dan Sunnah. Sebarang hukum atau ketetapan yang berlawanan dengan Quran dan Sunnah dengan sendirinya BATAL. Idea mesti berpandu kepada al-Quran. Al-Quran tidak boleh berpandukan idea."

Almarhum Prof Zulkifli Mohammad pula ketika menghuraikan "Rancangan perjuangan PAS" ada menyebut:

"Tugas kita yang terpenting sesudah tercapainya kemerdekaan ialah berikhtiar supaya undang-undang dan peraturan yang diamalkan dalam masyarakat dan dalam pemerintahan negara, sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah. Dengan itu barulah ada nilainya Islam itu sebagai agama pembimbing hidup kemanusiaan."

(baca seterusnya)


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

ALAM Kendali 'Khemah Ibadah" di S.K.Serdang

Posted by Epilog Seorang Pejuang Wednesday, July 15, 2009 1 comments








Pada 4 dan 5 Julai yang lalu Kelab al-Azhar Members (ALAM)telah menerima jemputan untuk mengendalikan 'Khemah Ibadah' anjuran Panitia Pendidikan Islam dan PIBG Sekolah Kebangsaan Serdang. Program tersebut yang bermatlamatkan kecemerlangan solat melibatkan seluruh pelajar Muslim tahun 6 Sekolah Kebangsaan Serdang.

Fasilitator daripada al-Azhar Members (ALAM)yang terdiri daripada 9 orang muslimin dan 10 orang muslimat itu diberikan penghormatan dan kepercayaan sepenuhnya untuk mengendalikan program tersebut. Pelbagai pengisian menarik yang menjurus ke arah kecemerlangan ibadah dan solat berjaya dilaksanakan seperti LDK, kembara ibadah, tazkirah, muhasabah, ceramah motivasi dan sebagainya.

Bagi Fasilitator al-Azhar members(ALAM), jemputan tersebut merupakan suatu perhormatan dan kepercayaan yang tinggi kepada organisasi ini. Program tersebut juga menjadi medan terbaik untuk pimpinan ALAM mencurahkan segala ilmu dan pengalaman untuk manfat bersama khususnya warga S.K.Serdang. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dan mendapat keredhaan Allah SWT.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Majlis Dialog ALAM & I-Rakan: Memperkasa Agenda " ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "

Posted by Epilog Seorang Pejuang Tuesday, June 30, 2009 1 comments






Majlis dialog antara Kelab Al-Azhar members (ALAM)Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)dengan persatuan I-Rakan, Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang berlangsung di KUIS baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Program yang menjadi medan untuk kedua-dua pesatuan bertukar-tukar pandangan itu pada mulanya dijadualkan berlangsung di Dewan Senat KUIS namun terpaksa diubah ke Dewan Mesyuarat Pengurusan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asma'ul Husna diikuti dengan ucapan aluan presiden ALAM, Saudara Mohamad Fahmi Iberahim. Majlis tersebut diteruskan dengan pembentangan dasar Persatuan I-Rakan yang dikendalikan oleh Presiden I-Rakan, Saudara Ahmad Mustapha diikuti dengan pembentangan setiap exco I-Rakan dan Persembahan slide. Majlis tersebut bagi sesi pagi ditangguhkan dengan semua pimpinan menikmati jamuan dan menunaikan solat fardhu zohor di Masjid Al-Azhar KUIS.

Selepas menunaikan solat fardhu zohor, majlis dialog bersambung semula kira-kira jam 2.30 petang. Majlis dimulai dengan pembentangan dasar Kelab al-Azhar members (ALAM)yang disempurnakan sendiri oleh Presiden ALAM diikuti dengan pembentangan setiap exco dan persembahan slide.Majlis diteruskan dengan sesi dialog yang membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran dan diakhiri dengan slot resolusi. Malis Dialog tersebut disempurnakan dengan bacaan doa dan sebelum bersurai, kedua-dua pihak ini sempat berbalas cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Bagi Kelab Al-Azhar Members (ALAM), majlis dialog ini meninggalkan impak yang cukup bermakna terutamanya dalam usaha memperkasakan gerak kerja perjuangan meninggikan Islam di bumi KUIS khususnya. Semoga usaha ini mampu merealisasikan agenda " ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN " disamping mendapat keredhaan ALLAH SWT.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

الفقيرالى الله محمد فهمي بن ابراهيم

My photo
" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah, dalam tutur bicara ada gema tarbiyah, dan gerak langkah ada semangat mujahadah, dalam suluhan jiwa ada sinaran fikrah..." Pemilik diri merupakan anak jati Baling, Kedah Darul Aman. Pernah menuntut di SMKA Baling (SMKAB)dan meneruskan perjuangan dan cita-citanya di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).

ZON HERBALIS

ZON HERBALIS
Ke arah Merealisasikan Thibbun Nabawi

KEMBALI KEPADA FITRAH

KEMBALI KEPADA FITRAH
"Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah di waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan baik dalam beribadah. Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.." (Dr. Abdullah Azam)

JIHAD JALAN KAMI

JIHAD JALAN KAMI
Daulah yang dinanti

jom pi usrah !!!

jom pi usrah !!!

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN

Munajatku...

Munajatku...
“ Ya Allah, sesungguhnya Islam yang kami cintai ini takkan kami biarkan ianya diterjah oleh musuh tanpa pembelaan, daripada pencintanya di sepanjang zaman, semakin kuat Islam dihimpit semakin ramai pejuang yang bangkit…”

Baiti jannati

Baiti jannati
" Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka..." (at-Tahrim:6)

Nasihat untukku

Nasihat untukku
" Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Allah, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini..."

Jaringan IPT Tempatan


  • Mujahid agung

    Mujahid agung
    “Jiwa UMAT ISLAM tidak harus kecewa dengan kekalahan, kerana bukan kalah atau menang yang kita cari, tapi kebenaran yang kita kehendakkan” – (Ustaz Fadhil Noor)