“Sesungguhnya tribulasi bukanlah tanda lemah atau matinya pendakwah Islam, bahkan ia merupakan bukti wujudnya kehidupan, pergerakan dan kekuatan. Orang yang mati terbujur tidak akan disebat dan tidak akan disakiti. Yang akan dipukul dan disakiti adalah orang yang hidup, bergerak dan menentang”. (Dr. Yussof Qardawi)
Rangkaian Berita
Pimpinan Ummah
HIDUP MULIA MATI SHAHID
" Kejayaan bagi sesuatu cita-cita atau fikrah hanya akan tercapai apabila pendokong fikrah itu mempunyai keimanan yang kuat, keikhlasan yang padu, semangat yang tinggi serta kesediaan untuk bekerja dan berkorban secara berterusan" : Mujahid Ust. Fadzil Mohd Noor
HPA INDUSTRIES
Membangun Ekonomi Ummah
MEDAN PERJUANGAN
Pemangkin Tradisi Ilmu
HIKMAH MUJADDID
"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..." (as-Syahid Hassan al-Banna)
FIKRAH SYUHADA
"Islam akan mencapai kemenangan dengan pengorbanan, darah syuhada menjadi baja kepada perjuangan Islam semenjak dahulu hingga kini" (as-Syahid Ust. Ibrahim Libya)
Mutiara Syed Qutb
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri..usianya amatlah pendek..bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut..akan tetapi..bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN..usianya panjang..sepanjang perjuangan itu..bermula dari hari diciptakan ADAM..berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam". (as-Syahid Syed Qutb)
Inilah Jalanku
“Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.” (Dr.Fathi Yakan)
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Friday, March 06, 2009
0
comments
Kita amat meyakini bahawa Islam yang kita perjuangkan ini akan menang di tangan pemuda-pemuda yang soleh. Hakikat ini tidak boleh disangkal lagi kerana sejarah telah membuktikan bahawa pemuda-pemuda yang soleh lagi bertaqwa ini yang memimpin perjuangan Islam telah dikurniakan kemenangan oleh Allah SWT. walaubagaimanapun Kekuatan pejuang-pejuang Islam ini banyak bergantung kepada 3 elemen yang menjadi toggak kejayaan tersebut: Apakah kekuatan-kekuatan tersebut? 1) akidah 2) Ukhuwwah 3) Jihad PAS yang kita intima’ , wala’ dan dukunginya adalah panji akidah Islam yang benar. Ia membenarkan dan menerima perselisihan yang dibenarkan di dalam akidah yang dianuti Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. PAS menolak apa yang ditolak oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Justeru PAS menolak akidah sekular, kebangsaan, kenegaraan, liberal dan apa - apa ideologi politik yang telah lama atau sedang tumbuh di negara kita. PAS juga menolak akidah sesat yang dipelopori ajaran sesat samada yang lama atau baru, melampau atau terlalu meringankan.
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Tuesday, February 17, 2009
0
comments
Sebelum bumi ini dimusnahkan oleh Allah swt, Islam yang kita cintai akan sekali lagi memimpin dunia ini buat kali kedua. Hakikat ini tidak boleh disangkal lagi kerana ianya telah dijanjikan oleh Allah swt. Persoalannya, bilakah akan tibanya saat yang kita nantikan itu? secara peribadi, saya yakin dan teramat yakin bahawa kemenangan yang dijanjikan itu semakin hampir dan kita sedang menuju ke arah kemenangan Islam di akhir zaman. Keyakinan itu dikuatkan lagi dengan kata-kata seorang tokoh Islam bahawa abad ke 21 ini adalah milik Islam.
Atas kesedaran dan keyakinan itu, seluruh umat Islam khususnya pendokong gerakan Islam di seluruh dunia perlu menyedari bahawa kita sedang menuju ke arah sebuah pemerintahan Islam yang tertegak di dalamnya syariat-syariat Allah swt. Usaha ke arah itu sedang rancak berlansung di celah-celah cabaran dan ujian yang begitu hebat dan tidak ketinggalan, perkara yang sama juga sedang berlaku di Malaysia,negara kita yang tercinta. Paling jelas, mutakhir ini kita dapat melihat bagaimana orang-orang bukan Islam tanpa beselindung lagi telah memberikan sokongan yang luar biasa kepada Gerakan Islam ataupun Parti Islam.
Baru-baru ini secara kebetulan, saya dipertemukan oleh Allah swt dengan seorang pemuda berbangsa India dan beragama Hindu yang bekerja sebagai pemandu lori. Pemuda tersebut menceritakan bahawa beliau baru sahaja pulang daripada Negeri Kelantan Darul Naim yang dipimpin oleh seorang ulama di bawah pemerintahan Islam. Pemuda itu memuji pemerintahan 'Tok Guru' dan kehidupan rakyat Kelantan yang katanya tidak pernah dilihat di neneri lain. Tanpa berselindung lagi, pemuda tersebut mengaku bahawa beliau telah memberikan sokongan dan mengundi Parti Islam dalam PRU-12 yang lalu.
Begitulah keyakinan yang semakin kukuh ditunjukkan oleh orang-orang bukan Islam terhadap Kepimpinan Islam dan ulama sekaligus menyokong usaha ke arah pembinaan daulah Islamiyah. Saya amat berkeyakinan bahawa sedikit kejayaan yang dikecapi pada hari ini telah melalui suatu proses perjuangan yang panjang. Dalam tempoh itu, ada dikalangan pendokong gerakan Islam yang terpaksa merengkok di dalam penjara dan tidak kurang juga ada di antara mereka yang gugur syahid kerana berani menyatakan kebenaran. Namun, berkat kesabaran, istiqamah dan daya juang yang tinggi, akhirnya perjuangan kebenaran itu semakin hampir dengan kemenangan.
Dalam masa yang sama kita juga sama-sama telah menyaksikan bagaimana sistem-sistem ciptaan manusia telah ranap sama sekali. Paling dekat, sistem kapitalisme yang diagung-agungkan selama ini terutamanya oleh kononnya 'Polis Dinia' Amerika Syarikat hampir-hampir tertiarap menyembah bumi. Jika sistem komunisme telah lama pupus, sistem sosialisme yang menggantikannya juga telah lama lenyap. Sekarang ini kita sedang dan akan menyaksikan bagaimana kapitalisme yang menggantikan sistem sosialisme benar-benar tertiarap menyembah bumi dan kejatuhan kapitalisme sedang berlaku sekarang ini. Jadi, apakah alternatif yang ada untuk menggantikan sistem-sistem ciptaan manusia ini? jika soalan ini ditanyakan kepada saya, jawapannya mudah, iaitulah 'Islam'.
Atas kesedaran itu juga, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abd. Hadi Awang menyatakan bahawa apa yang berlaku hari ini adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda musuh akan dikalahkan dengan izin Allah SWT. Sehubungan dengan itu, umat Islam perlu sedar bahawa sudah tiba masanya giliran Islam untuk bangkit dan bersama-sama dalam usaha kebangkitan itu kerana kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah swt.
As-Syahid Imam Hassan al-Banna pernah menyatakan bahawa " Islam pasti bangkit dan daulah Islam pasti akan tertegak di atas muka bumi ini, bila dan dimana bukanlah persoalannya, tetapi adakah kita tergolong dari golongan yang menyumbang kepada kebangkitan Islam itulah yang perlu ditanya".
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Friday, February 06, 2009
0
comments
Presiden ALAM sesi 08/09 menyampaikan ucapan penangguhan sempena Muktamar ALAM kali pertama "Sejahtera Bersama ALAM" Barisan Majlis Eksekutif ALAM sesi 08/09 yang baru diumumkan
Al-Azhar Members (ALAM) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penganjuran Muktamar Tahunan kali pertama yang berlangsung semalam. Muktamar yang bertemakan “Sejahtera Bersama ALAM” itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah walaupun dalam keadaan persiapan yang sederhana. Hampir 200 orang muktamirin memenuhi Auditorium KUIS sebaik sahaja selesai solat fardhu Isyak dengan penuh penantian dan harapan.
Bagi seluruh pimpinan al-Azhar Members (ALAM), muktamar tersebut menjadi medan untuk bermuhasabah dan menilai segala apa yang telah dilakukan serta menganalisis pencapaian dengan tujuan untuk menambah kesungguhan bekerja dan berjuang sehingga cita-cita, visi dan misi ALAM tercapai dan terlaksana.
ALAM yang menjadi peneraju dakwah kampus meneguhkan azam dan iltizam serta berkeyakinan bahawa hanya ada satu jalan penyelesaian yang dapat menyelamatkan mahasiswa KUIS daripada belenggu kejahilan moden dan memimpin mereka yang sedang dalam kebingungan dan membimbing ke jalan yang sebenar iaitulah Islam yang syumul. Bertepatan dengan moto “Islam Memimpin Mahasiswa”, ALAM akan terus berusaha untuk merealisasikan matlamat ini dalam meninggikan Islam di Bumi KUIS dan menjadi satu amanah yang besar bagi seluruh pendokong-pendokong ALAM untuk terus istiqamah dan meningkatkan daya juang dalam perjuangan ini. Penganjuran muktamar ALAM yang berlangsung semalam menjadi medan terbaik bagi seluruh pendokong ALAM untuk bermuhasabah bagi merealisasikan segala cita-citanya.
Muktamar tersebut dirasmikan oleh Ust. Mahmud Lutfi B. Abd Hadi, Imam 1 Masjid Al-Azhar KUIS yang mewakili Ust. Mohd Farid Ravi B. Abdullah, Nazir Masjid Al-Azhar KUIS merangkap penasihat ALAM. Kumuncak bagi muktamar yang pertama ini ialah pembubaran pimpinan ALAM sesi 07/08 yang diumumkan oleh Presiden ALAM sesi 07/08, al-akh Azihal b. Bangsawan disusuli dengan pengumuman pimpinan baru sesi 08/09. Muktamar tersebut diteruskan dengan ucapan penangguhan Presiden ALAM yang baru sesi 08/09 dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Setiausaha Agung.
Bagi seluruh pendokong ALAM, penganjuran muktamar tersebut merupakan cacatan sejarah yang amat penting kerana buat pertama kalinya ALAM berjaya menganjurkan muktamar yang amat bermakna ini. Semoga pendokong-pendokong ALAM dapat bekerja, beramal dan berjuang dengan lebih cemerlang dan bersungguh-sungguh bermula saat ini dan yakinlah bahawa segala usaha yang kalian lakukan ini adalah semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah swt. Mudah-mudahan syurga menjadi tempat istirehat kalian selepas ujian dan cabaran yang kalian lalui dalam perjuangan ini. Takbir!!!
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Wednesday, February 04, 2009
0
comments
Bagi seorang pejuang hakiki, Berteras tarbiyah rabbani, bertunjangkan akidah Ilahi, bila tangannya bekerja, bila kakinya melangkah, dia hanya mengucap lillah hitaala.
Tatkala Tuhan memberikan kepadanya kemenangan, dia sujud dan beristighfar, bertahmid dan bertasbih. Tatkala Tuhan menimpakan kekalahan dan kecelakaan, dia tahu Tuhan mahu mengujinya. Dia tahu Tuhan sayang padanya. Dia tahu Tuhan memandang usahanya.
Dia thabat...dia sabar...dia tekun. Kerana dia tahu matlamat tertinggi ialah mardatillah. Sedangkan kemenangan hanyalah barang dunia. Milik Tuhan jua… Dia tidak mengeluh, dia tidak mengeji, dia tidak kecewa. Kerana itu taqdir yang sudah ditentukan olehNya di dalam kitab yang nyata.
Ketahuilah wahai pejuang, dakwat telah kering, pena telah diangkat. Ketahuilah pejuang, patah sayap bertongkat paruh. Matinya seorang mujahid bukan penamat perjuangannya, tetapi permulaan kerehatannya.
Kalahnya tentera Allah bukan kerana benci Tuhan pada mereka, tetapi langkah muhasabah dan tazkiyyah, buat insan bernama pejuang.. Takbir!!!
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Friday, January 30, 2009
1 comments
Ust Farid menyerahkan sumbangan warga KUIS untuk Gaza kepada wakil AMAN Palestin, Ust. Awang Sufian. Pimpinan al-Azhar Members (ALAM) bersama wakil AMAN palestin, Ust. Awang Sufian dan Timbalan Presiden PAS, YB Ust. Nasharudin Md Isa.
Baru-baru ini, suatu majlis penyerahan sumbangan warga KUIS untuk Gaza secara ringkas telah diadakan di Masjid aL-Azhar KUIS selepas solat Jumaat. Sumbangan itu telah disampaikan oleh nazir Masjid al-Azhar KUIS merangkap penasihat Al-Azhar Members (ALAM), Ust. Farid Ravi Abdullah kepada wakil daripada AMAN Palestin, Ust. Awang Sufian. Kutipan dana untuk Gaza tersebut dilancarkan sepenuhnya oleh al-Azhar Members (ALAM) yang dilancarkan lebih kurang 2 minggu dan kemuncaknya adalah semasa Himpunan Warga KUIS Membantah Kezaliman ZIONIS di Gaza yang diadakan seminggu sebelum majlis penyerahan tersebut. Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak hampir 7ribu riggit dan telah diserahkan sepenuhnya kepada wakil AMAN Palestin pada majlis tersebut.
Pihak al-Azhar Members (ALAM) mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga KUIS yang memberi sumbangan sempena pelancaran tersebut. Sesungguhnya kepada hanya Allah dikembalikan segala urusan.
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Sunday, January 18, 2009
0
comments
" Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka....." Mohamad Fahmi membacakan doa memohon kemenangan Islam.
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Saturday, January 10, 2009
0
comments
Oleh: Fahmi el-Kedahi
Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 100 orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bersama-sama dengan 3,000 mahasiswa Islam seluruh Malaysia berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir petang semalam bagi mendesak kerajaan Mesir agar memberi kerjasama dalam membantu rakyat Palestin dan tidak menjadi dalang dalam konflik Israel-Palestin.
Anak-anak muda dari kalangan mahasiswa dengan berpakaian serba hitam membanjiri kedutaan negara yang menjadi sekutu kuat Israel tersebut bagi menyatakan ketidakpuasan hati atas pendirian Perdana Menteri Mesir, Husni Mubarak yang bersifat kronisme kepada Israel dan pakatan Zionis Laknatullah.
Mahasiswa KUIS yang kebanyakannya tiba sebelum solat Jumaat sempat menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid As-Syakirin sebelum bersama-sama dengan seluruh mahasiswa lain berarak ke Kedutaan Mesir.Mereka hadir beramai-ramai dengan menaiki 7 buah kereta, puluhan buah motosikal dan tidak ketinggalan ada yang datang dengan menaiki bas dan KTM.
Kumpulan mahasiswa itu juga melaungkan “Hancur Israel!, Hancur Yahudi!, Hancur Zionis!”, “Save Gaza” dan tidak ketinggalan yang melaungkan "Daulah Islamiyah" sambil membawa poster dan kain rentang dengan tulisan mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin dan mengecam kerajaan Mesir. Turut kelihatan sekumpulan mahasiswa KUIS yang membawa kain rentang yang tertera tulisan "Mahasiswa KUIS Menyokong Perjuangan HAMAS" dan "Support Palestin".
Antara kumpulan mahasiswa KUIS yang hadir dalam perhimpunan tersebut ialah seluruh pimpinan Al-Azhar Members (ALAM),wakil daripada MPM, PERKIM KUIS,juga beberapa orang bekas YDP MPP/MPM KUIS dan puluhan orang mahasiswa KUIS yang lain.Perhimpunan kali ini mencatat suatu sejarah bagi seluruh mahasiswa KUIS dan pihak Al-Azhar Members khususnya yang membuat kerahan yang begitu besar bagi mempromosikan perhimpunan tersebut. Perhimpunan tersebut merupakan acara kemuncak bagi seluruh mahasiswa KUIS dan telah didahului dengan program "2 Hari Untuk Gaza" yang dikendalikan sepenuhnya oleh Al-Azhar Members (ALAM).
Beberapa orang wakil pimpinan Al-Azhar Members (ALAM) yang sempat ditemui membayangkan kemungkinan akan diadakan suatu perhimpunan besar-besaran di KUIS dalam masa terdekat bagi membangkitkan kesedaran di kalangan mahasiswa dan seluruh warga KUIS dalam menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan umat Islam di Palestin yang dterajui oleh HAMAS dan perjuangan umat Islam diseluruh dunia termasuklah di Tanah Air tercinta, Malaysia.Atas kesedaran itu, pihak Al-Azhar Members (ALAM) meminta seluruh mahasiswa dan warga kuis agar dapat bersedia dengan kemungkinan tersebut.
Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.
Bagi pihak GAMIS yang mengendalikan demontrasi kali ini, telah tercatat suatu sejarah penting kepada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.
Demontrasi aman tersebut berakhir pada pukul 4.00 petang dalam keadaan hujan. Bagi seluruh mahasiswa KUIS yang hadir dalam demontrasi aman tersebut, pihak Al-Azhar Members (ALAM) melafazkan penghargaan yang tidak terhingga dan semangat serta pengorbanan kalian amat kami hargai. Sesungguhnya, KUIS tidak ketandusan semangat jihad anak muda yang akan berjuang mempertahankan Islam dan Umatnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kami di Al-Azhar Members (ALAM), dengan tegas menyatakan bahawa perjuangan Islam tetap akan menjadi agenda dan kemenangan Islam itu adalah sesuatu yang pasti. Takbir!!!
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Wednesday, December 31, 2008
0
comments
Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai merayakan sambutan maal hijrah 1430 baru-baru ini disusuli dengan kedatangan tahun baru 2009. Seluruh pelusuk bumi ini mengadakan pelbagai sambutan bagi memperingati peristiwa bersejarah tersebut bermula dari peringkat kampung, daerah, negeri dan negara, semuanya tidak ketinggalan. Bagus!!!. Namun, selesai sahaja sambutan tersebut, seluruh umat manusia kembali seperti biasa. Mereka langsung tidak mengambil pengajaran dan intipati penting yang terkandung dalam peristiwa hijrah tersebut. Dua persoalan yang timbul di sini iaitu sama ada mereka sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga,atau mereka benar-benar tidak memahami.
Apa yang perlu kita fahami??? Peristiwa Hijrah merupakan suatu era peralihan dalam perjuangan Islam, iaitulah daripada penekanan dalam aspek akidah, ibadah, dan akhlak kepada perjuangan membina Daulah Islamiyyah. Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam ini mestilah menjadi suatu kuasa yang memimpin bukannya dipimpin. Islam mempunyai suatu sistem yang syumul yang berupaya menggantikan sistem ciptaan manusia sekaligus mampu mengangkat Islam mengatasi segala-galanya.
Dalam konteks negara kita Malaysia,usaha itu telah lama wujud, melebihi 50 tahun yang lalu. Namun, sejak sebelum merdeka sehiggalah ke saat ini, usaha tersebut terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah dan tentangan walaupun daripada orang Islam sendiri khususnya dari 'pimpinan negara'. Semasa sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, ramai dari kalangan pimpinan negara yang melaungkan kata-kata bahawa kita perlu memcontohi Rasulullah SAW berhijrah. Namun, kita amat yakin bahawa kata-kata itu lahir dari mulut mereka bukan dari hati mereka. hakikatnya mereka tidak memahami konsep hijrah yang sebenar.
Hijrah dan daulah merupakan dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain dan ianya tidak boleh dipisahkan. Menjadi suatu kesilapan bagi mereka yang hanya menyebut tentang Hijraturrasul tetapi tidak mengaitkannya dengan pembinaan Daulah Islamiyah kerana ia akan menyembunyikan matlamat utama kebenaran hijrah itu sendiri iaitu menegakkan sebuah Daulah Islamiyah yang memastikan agama bukan setakat memperkatakan masalah individu tetapi turut merangkumi masalah kemasyarakatan dan Negara.
Hijrahnya Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut mennghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, umat yang tertindas kepada umat yang bergerak cergas , umat yang melarat kepada umat yang berdaulat, dakwah yang bergerak di dalam lingkungan terbatas kepada masyarakat yang lebih luas. Penekanan terhadap aqidah dan ibadah kepada perlaksanaan semua sistem kehidupan manusia termasuk ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Hijrah memastikan umat Islam sentiasa bergerak kehadapan bersama suluhan wahyu bukannya undur kebelakang akibat tertipu oleh nafsu, sogokan atau dengan janji pemerintah sekalipun. Hijrah membina suatu identiti diri malah menjadi contoh teladan yang baik kepada umat lain. Umat Islam yang mempunyai jatidiri yang tinggi dihasilkan daripada hijrah di mana mereka seumpama ikan dilaut yang isinya tetap manis walaupun hidup di dalam air masin. Tidak dikira hijrah jika minda, prinsip dan identiti masih dijajah.
Umat Islam yang benar-benar berjaya melakukan penghijrahan ke arah yang terbaik mestilah memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap sistem Islam itu sendiri. Bagi melahirkan keyakinan maka ia disemai melalui budaya ilmu dan tidak mengerti istilah penat dan jemu serta tidak dibatasi oleh faktor usia, pengkhususan dan kerjaya.
Kini bukan masa kita bercakap kosong tetapi adalah masa untuk kita merancang dan bertindak sehingga perubahan dapat dibuat dengan baik dan bijaksana. Marilah kita bersama-sama menggabungkan diri di dalam ‘Gerakan Islam’ yang menjunjung cita-cita Islam secara syumul ke arah membina Daulah Islamiyah.
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Monday, December 22, 2008
0
comments
Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang terpuji dan semangat keislaman yang benar-benar mantap.
Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;
1. Untuk mengabdikan diri kepada Allah 2. Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya. 3. Membantu membangunkan ummah dan negara
Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;
1. Iman yang mantap di dalam jiwa 2. Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya 3. Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu. 4. Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas. 5. Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.
Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.
Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”.
Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;
1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim 2. Yakin kepada diri sendiri 3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran 4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup 5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup 6. Sanggup berkorban 7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama 8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Friday, December 19, 2008
0
comments
Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati merka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
KASIH DUNIA
Di manakah pergi kasih mereka kepada Allah? Kasih mereka tidak lain kerana dunia. Di manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokakn di dalam hidup mereka.
Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Sunday, December 07, 2008
0
comments
Kesempatan yang ringkas ini, ana ucapkan Salam Aidiladha buat Muslimin dan Muslimat khususnya seluruh ahli keluarga dan semua rakan seperjuangan. Semoga semangat pengorbanan ini dapat kita aplikasikan dalam menempuh pelbagai mehnah tribulasi dan karenah birokrasi dalam meneruskan perjuangan suci ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita yang sedikit ini. ALLAHUAKBAR!!!
Posted by
Epilog Seorang Pejuang
Friday, November 14, 2008
0
comments
ahli-ahli usrah pula perlulah menggunakan ruang serta peluang ini untuk memantapkan kefahaman Islam secara syumul serta beramal dengannya ke arah membina kesatuan fikrah dan menyumbang ke arah kebangkitan ummah.Aspek yang ditekankan dalam setiap perjumpaan usrah hendaklah lebih menjurus ke arah keperluan amal bukan sekadar menghabiskan masa dengan membahaskan teori semata-mata.
" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah, dalam tutur bicara ada gema tarbiyah, dan gerak langkah ada semangat mujahadah, dalam suluhan jiwa ada sinaran fikrah..." Pemilik diri merupakan anak jati Baling, Kedah Darul Aman. Pernah menuntut di SMKA Baling (SMKAB)dan meneruskan perjuangan dan cita-citanya di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).
"Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah di waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan baik dalam beribadah. Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.." (Dr. Abdullah Azam)
JIHAD JALAN KAMI
Daulah yang dinanti
jom pi usrah !!!
SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN
Munajatku...
“ Ya Allah, sesungguhnya Islam yang kami cintai ini takkan kami biarkan ianya diterjah oleh musuh tanpa pembelaan, daripada pencintanya di sepanjang zaman, semakin kuat Islam dihimpit semakin ramai pejuang yang bangkit…”
Baiti jannati
" Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka..." (at-Tahrim:6)
Nasihat untukku
" Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Allah, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini..."
“Jiwa UMAT ISLAM tidak harus kecewa dengan kekalahan, kerana bukan kalah atau menang yang kita cari, tapi kebenaran yang kita kehendakkan” – (Ustaz Fadhil Noor)