Tanggal 3 Febuari 2011 bersamaan 29 Safar 1432h telah mencatatkan satu sejarah bagi para alumni S.K.Lanai generasi 1996-2001 apabila program reunion ke-2 yang diadakan di Lata Bukit Hijau telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dihadiri oleh para guru dan pelajar dengan kehadiran mencecah 30 orang. Antara guru-guru yang hadir ialah Cg. Manaf, Cg. Hasni, Cg. Zaina, Ust. Md. Shah dan Cg. Suria. Program ini menjadi wadah terbaik untuk memupuk semangat Ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar menuju keredhaan Allah SWT seperti yang digariskan dalam tema program iaitu "Menyatu UKhuwwah Menuju Mahabbah". Semoga program ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak dan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Bersama Cikgu Suria, guru kelas semasa darjah 3.
Cikgu Manaf sedang menyampaikan amanat dan taujihad beliau kepada kami.
Para Pemudi Islam, Serikandi fi Sabilillah
Program BBQ, cekap dan berpengalaman
Nahnu syababal Islam...
Umroh mendatangkan kedamaian :)
9 years ago
0 comments