بلدة الطيبة ورب الغفور

بلدة الطيبة ورب الغفور
Negara Maju Allah Redha

islam memimpin perubahan

islam memimpin perubahan
Daulah Islamiyyah !!!

KEDAH SEJAHTERA

KEDAH SEJAHTERA
Nikmat Untuk Semua

PAS KEDAH

PAS KEDAH
Membangun Bersama Islam

hijaukuning.com

hijaukuning.com
Pulun Kedah Pulun

almuttaqin tv

almuttaqin tv
al-akh Shauqi Iberahim al-Hafiz

AL-AHNAF ENTERPRISE

AL-AHNAF ENTERPRISE
Ust. Zuhud Ulya Iberahim

AHNAF KHAT

AHNAF KHAT
Memartabatkan Seni Khat

SMKA BALING

SMKA BALING
Berilmu Beramal Bertaqwa

alumni smkab

alumni smkab
Seiring Sejalan Bersama SMKAB

ALUMNI S.K.Lanai

ALUMNI S.K.Lanai
Penggerak Intelektual Anda

selamatkan malaysia

selamatkan malaysia
Giliran Kami Memimpin Dunia

negara berkebajikan

negara berkebajikan
Satu Aqidah... Ummah didahulukan

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Jangan Gentar!!!

Jangan Gentar!!!
“Sesungguhnya tribulasi bukanlah tanda lemah atau matinya pendakwah Islam, bahkan ia merupakan bukti wujudnya kehidupan, pergerakan dan kekuatan. Orang yang mati terbujur tidak akan disebat dan tidak akan disakiti. Yang akan dipukul dan disakiti adalah orang yang hidup, bergerak dan menentang”. (Dr. Yussof Qardawi)

Rangkaian Berita

Pimpinan Ummah

Pimpinan Ummah

HIDUP MULIA MATI SHAHID

HIDUP MULIA MATI SHAHID
" Kejayaan bagi sesuatu cita-cita atau fikrah hanya akan tercapai apabila pendokong fikrah itu mempunyai keimanan yang kuat, keikhlasan yang padu, semangat yang tinggi serta kesediaan untuk bekerja dan berkorban secara berterusan" : Mujahid Ust. Fadzil Mohd Noor

HPA INDUSTRIES

HPA INDUSTRIES
Membangun Ekonomi Ummah

MEDAN PERJUANGAN

MEDAN PERJUANGAN
Pemangkin Tradisi Ilmu

HIKMAH MUJADDID

HIKMAH MUJADDID
"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..." (as-Syahid Hassan al-Banna)

FIKRAH SYUHADA

FIKRAH SYUHADA
"Islam akan mencapai kemenangan dengan pengorbanan, darah syuhada menjadi baja kepada perjuangan Islam semenjak dahulu hingga kini" (as-Syahid Ust. Ibrahim Libya)

Mutiara Syed Qutb

Mutiara Syed Qutb
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri..usianya amatlah pendek..bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut..akan tetapi..bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN..usianya panjang..sepanjang perjuangan itu..bermula dari hari diciptakan ADAM..berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam". (as-Syahid Syed Qutb)

Inilah Jalanku

Inilah Jalanku
“Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.” (Dr.Fathi Yakan)

Generasi muda yang diidamkan

Posted by Epilog Seorang Pejuang Wednesday, February 09, 2011

Gambar sekadar hiasan

Oleh: Mohamad Fahmi B. Iberahim (7 Rabiulawal 1432H)

“Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.” (Dr. Fathi Yakan)

Istilah generasi harapan yang diidamkan saya tujukan kepada generasi muda. Mengapa? Ya, generasi muda adalah suatu golongan yang mempunyai kekuatan yang luar biasa, semangatnya sentiasa membara, dan idealismenya sarat dengan cita-cita. Justeru, kekuatan yang ada pada para pemuda ini perlu dicorakkan dengan baik supaya mereka mampu merealisasikan harapan yang diletakkan pada mereka iaitu sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Sejarah telah menukilkan bagaimana peranan pemuda begitu signifikan dalam pembinaan sesebuah tamadun. Kita telah menyaksikan bagaimana para sahabat yang menerima tarbiyyah secara langsung daripada Baginda Rasulullah SAW seperti Usamah b. Zaid yang berupaya memimpin angkatan tentera Islam ketika berumur 18 tahun. Begitu juga dengan generasi seterusnya seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang diangkat menjadi khalifah ketika berumur 19 tahun dan berjaya menawan Kota Costantinople ketika berumur 23 tahun dan begitu juga dengan Imam as-Syafie yang menjadi mufti muda ketika berumur 15 tahun.

Para pemuda seperti ini adalah mereka yang menerima tarbiyyah melalui sistem atau manhaj yang Islami lagi efektik. Kemampuan intelektual mereka digerakkan serentak dengan pembangunan jiwa yang dibangunkan dengan iman, dan karisma kepimpinan mereka digilap untuk kepentingan dakwah dan memimpin ummah. Persoalannya sekarang adakah masih ada pemuda hari ini yang memiliki watak dan keperibadian unggul seperti yang telah diperlihatkan oleh generasi awal terdahulu? Jawapannya terlalu sukar untuk kita melihatnya walaupun masih ada segelintir dari kalangan mereka yang mampu diselamatkan dengan tarbiyyah daripada ibu bapa yang sedar dan guru-guru yang benar sehingga mereka lahir sebagai generasi yang unik lagi unggul.

Persoalannya mengapa? Apakah justifikasinya? Analoginya mudah, generasi muda hari ini lahir dalam suasana dipaksa untuk menerima ketempangan dan kebobrokan sistem yang mengatur hidup mereka yang mengakibatkan runtuhnya tamadun manusia dan kemanusiaan sehinggakan kekuatan yang ada pada generasi muda ini banyak dihabiskan pada perkara yang tidak sepatutnya. Justeru sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama menilai dan bermuhasabah diri kita terutamanya untuk meletakkan standard ciri-ciri pemuda yang diidamkan. Dalam hal ini, beberapa perkara yang disebut ‘Muwasafat Tarbiyyah’ yang pernah dipopularkan oleh Imam Hssan al-Banna perlu diteliti semula sekaligus diimplimentasikan dengan meletakkan standard pada diri kita sekurang-kurangnya memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Salimatul aqidah: Aqidah yang sejahtera
2. Sahihul Ibadah: Ibadah yang sahih
3. Matinul Khuluq: Akhlak yang mantap
4. Qawiyul Jismi: Kekuatan jasmani
5. Mutsaqqoful Fikri: Intelektual dalam berfikir
6. Mujahadatun Linafsihi: Melawan hawa nafsu
7. Harishun ‘ala Waqtihi: Pandai menjaga waktu
8. Munazhzhamun fi Syu’unihi: Sistematik dalam setiap urusan
9. Qodirun ‘alal Kasbi: Mampu berdikari
10. Naafi’un Lighoirihi: Bermanfaat untuk orang lain

0 comments

الفقيرالى الله محمد فهمي بن ابراهيم

My photo
" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah, dalam tutur bicara ada gema tarbiyah, dan gerak langkah ada semangat mujahadah, dalam suluhan jiwa ada sinaran fikrah..." Pemilik diri merupakan anak jati Baling, Kedah Darul Aman. Pernah menuntut di SMKA Baling (SMKAB)dan meneruskan perjuangan dan cita-citanya di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).

ZON HERBALIS

ZON HERBALIS
Ke arah Merealisasikan Thibbun Nabawi

KEMBALI KEPADA FITRAH

KEMBALI KEPADA FITRAH
"Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah di waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan baik dalam beribadah. Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.." (Dr. Abdullah Azam)

JIHAD JALAN KAMI

JIHAD JALAN KAMI
Daulah yang dinanti

jom pi usrah !!!

jom pi usrah !!!

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN

Munajatku...

Munajatku...
“ Ya Allah, sesungguhnya Islam yang kami cintai ini takkan kami biarkan ianya diterjah oleh musuh tanpa pembelaan, daripada pencintanya di sepanjang zaman, semakin kuat Islam dihimpit semakin ramai pejuang yang bangkit…”

Baiti jannati

Baiti jannati
" Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka..." (at-Tahrim:6)

Nasihat untukku

Nasihat untukku
" Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Allah, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini..."

Jaringan IPT Tempatan


  • Mujahid agung

    Mujahid agung
    “Jiwa UMAT ISLAM tidak harus kecewa dengan kekalahan, kerana bukan kalah atau menang yang kita cari, tapi kebenaran yang kita kehendakkan” – (Ustaz Fadhil Noor)