بلدة الطيبة ورب الغفور

بلدة الطيبة ورب الغفور
Negara Maju Allah Redha

islam memimpin perubahan

islam memimpin perubahan
Daulah Islamiyyah !!!

KEDAH SEJAHTERA

KEDAH SEJAHTERA
Nikmat Untuk Semua

PAS KEDAH

PAS KEDAH
Membangun Bersama Islam

hijaukuning.com

hijaukuning.com
Pulun Kedah Pulun

almuttaqin tv

almuttaqin tv
al-akh Shauqi Iberahim al-Hafiz

AL-AHNAF ENTERPRISE

AL-AHNAF ENTERPRISE
Ust. Zuhud Ulya Iberahim

AHNAF KHAT

AHNAF KHAT
Memartabatkan Seni Khat

SMKA BALING

SMKA BALING
Berilmu Beramal Bertaqwa

alumni smkab

alumni smkab
Seiring Sejalan Bersama SMKAB

ALUMNI S.K.Lanai

ALUMNI S.K.Lanai
Penggerak Intelektual Anda

selamatkan malaysia

selamatkan malaysia
Giliran Kami Memimpin Dunia

negara berkebajikan

negara berkebajikan
Satu Aqidah... Ummah didahulukan

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Jangan Gentar!!!

Jangan Gentar!!!
“Sesungguhnya tribulasi bukanlah tanda lemah atau matinya pendakwah Islam, bahkan ia merupakan bukti wujudnya kehidupan, pergerakan dan kekuatan. Orang yang mati terbujur tidak akan disebat dan tidak akan disakiti. Yang akan dipukul dan disakiti adalah orang yang hidup, bergerak dan menentang”. (Dr. Yussof Qardawi)

Rangkaian Berita

Pimpinan Ummah

Pimpinan Ummah

HIDUP MULIA MATI SHAHID

HIDUP MULIA MATI SHAHID
" Kejayaan bagi sesuatu cita-cita atau fikrah hanya akan tercapai apabila pendokong fikrah itu mempunyai keimanan yang kuat, keikhlasan yang padu, semangat yang tinggi serta kesediaan untuk bekerja dan berkorban secara berterusan" : Mujahid Ust. Fadzil Mohd Noor

HPA INDUSTRIES

HPA INDUSTRIES
Membangun Ekonomi Ummah

MEDAN PERJUANGAN

MEDAN PERJUANGAN
Pemangkin Tradisi Ilmu

HIKMAH MUJADDID

HIKMAH MUJADDID
"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..." (as-Syahid Hassan al-Banna)

FIKRAH SYUHADA

FIKRAH SYUHADA
"Islam akan mencapai kemenangan dengan pengorbanan, darah syuhada menjadi baja kepada perjuangan Islam semenjak dahulu hingga kini" (as-Syahid Ust. Ibrahim Libya)

Mutiara Syed Qutb

Mutiara Syed Qutb
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri..usianya amatlah pendek..bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut..akan tetapi..bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN..usianya panjang..sepanjang perjuangan itu..bermula dari hari diciptakan ADAM..berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam". (as-Syahid Syed Qutb)

Inilah Jalanku

Inilah Jalanku
“Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.” (Dr.Fathi Yakan)

Hijrah: Membina Daulah Islamiyyah

Posted by Epilog Seorang Pejuang Wednesday, December 31, 2008 0 comments


Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai merayakan sambutan maal hijrah 1430 baru-baru ini disusuli dengan kedatangan tahun baru 2009. Seluruh pelusuk bumi ini mengadakan pelbagai sambutan bagi memperingati peristiwa bersejarah tersebut bermula dari peringkat kampung, daerah, negeri dan negara, semuanya tidak ketinggalan. Bagus!!!. Namun, selesai sahaja sambutan tersebut, seluruh umat manusia kembali seperti biasa. Mereka langsung tidak mengambil pengajaran dan intipati penting yang terkandung dalam peristiwa hijrah tersebut. Dua persoalan yang timbul di sini iaitu sama ada mereka sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga,atau mereka benar-benar tidak memahami.

Apa yang perlu kita fahami???
Peristiwa Hijrah merupakan suatu era peralihan dalam perjuangan Islam, iaitulah daripada penekanan dalam aspek akidah, ibadah, dan akhlak kepada perjuangan membina Daulah Islamiyyah. Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam ini mestilah menjadi suatu kuasa yang memimpin bukannya dipimpin. Islam mempunyai suatu sistem yang syumul yang berupaya menggantikan sistem ciptaan manusia sekaligus mampu mengangkat Islam mengatasi segala-galanya.

Dalam konteks negara kita Malaysia,usaha itu telah lama wujud, melebihi 50 tahun yang lalu. Namun, sejak sebelum merdeka sehiggalah ke saat ini, usaha tersebut terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah dan tentangan walaupun daripada orang Islam sendiri khususnya dari 'pimpinan negara'. Semasa sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, ramai dari kalangan pimpinan negara yang melaungkan kata-kata bahawa kita perlu memcontohi Rasulullah SAW berhijrah. Namun, kita amat yakin bahawa kata-kata itu lahir dari mulut mereka bukan dari hati mereka. hakikatnya mereka tidak memahami konsep hijrah yang sebenar.

Hijrah dan daulah merupakan dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain dan ianya tidak boleh dipisahkan. Menjadi suatu kesilapan bagi mereka yang hanya menyebut tentang Hijraturrasul tetapi tidak mengaitkannya dengan pembinaan Daulah Islamiyah kerana ia akan menyembunyikan matlamat utama kebenaran hijrah itu sendiri iaitu menegakkan sebuah Daulah Islamiyah yang memastikan agama bukan setakat memperkatakan masalah individu tetapi turut merangkumi masalah kemasyarakatan dan Negara.


Hijrahnya Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut mennghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, umat yang tertindas kepada umat yang bergerak cergas , umat yang melarat kepada umat yang berdaulat, dakwah yang bergerak di dalam lingkungan terbatas kepada masyarakat yang lebih luas. Penekanan terhadap aqidah dan ibadah kepada perlaksanaan semua sistem kehidupan manusia termasuk ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.


Hijrah memastikan umat Islam sentiasa bergerak kehadapan bersama suluhan wahyu bukannya undur kebelakang akibat tertipu oleh nafsu, sogokan atau dengan janji pemerintah sekalipun. Hijrah membina suatu identiti diri malah menjadi contoh teladan yang baik kepada umat lain. Umat Islam yang mempunyai jatidiri yang tinggi dihasilkan daripada hijrah di mana mereka seumpama ikan dilaut yang isinya tetap manis walaupun hidup di dalam air masin. Tidak dikira hijrah jika minda, prinsip dan identiti masih dijajah.


Umat Islam yang benar-benar berjaya melakukan penghijrahan ke arah yang terbaik mestilah memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap sistem Islam itu sendiri. Bagi melahirkan keyakinan maka ia disemai melalui budaya ilmu dan tidak mengerti istilah penat dan jemu serta tidak dibatasi oleh faktor usia, pengkhususan dan kerjaya.



Kini bukan masa kita bercakap kosong tetapi adalah masa untuk kita merancang dan bertindak sehingga perubahan dapat dibuat dengan baik dan bijaksana. Marilah kita bersama-sama menggabungkan diri di dalam ‘Gerakan Islam’ yang menjunjung cita-cita Islam secara syumul ke arah membina Daulah Islamiyah.


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

JEJAK08: Menjejaki Jiwa Ashabul Kahfi

Posted by Epilog Seorang Pejuang Monday, December 22, 2008 0 comments





Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang terpuji dan semangat keislaman yang benar-benar mantap.

Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

1. Untuk mengabdikan diri kepada Allah
2. Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
3. Membantu membangunkan ummah dan negara

Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;

1. Iman yang mantap di dalam jiwa
2. Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya
3. Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu.
4. Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
5. Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.

Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.

Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”.

Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;

1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim
2. Yakin kepada diri sendiri
3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
6. Sanggup berkorban
7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun

(Ikuti Kisah Ashabul Kahfi)


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Hilang keyakinan kepada hukum Allah...

Posted by Epilog Seorang Pejuang Friday, December 19, 2008 0 comments


Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati merka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

KASIH DUNIA

Di manakah pergi kasih mereka kepada Allah? Kasih mereka tidak lain kerana dunia. Di manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokakn di dalam hidup mereka.

Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.

Baca Seterusnya


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Salam Aidiladha...

Posted by Epilog Seorang Pejuang Sunday, December 07, 2008 0 comments

Kesempatan yang ringkas ini, ana ucapkan Salam Aidiladha buat Muslimin dan Muslimat khususnya seluruh ahli keluarga dan semua rakan seperjuangan. Semoga semangat pengorbanan ini dapat kita aplikasikan dalam menempuh pelbagai mehnah tribulasi dan karenah birokrasi dalam meneruskan perjuangan suci ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita yang sedikit ini. ALLAHUAKBAR!!!


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

Ada apa dengan usrah???

Posted by Epilog Seorang Pejuang Friday, November 14, 2008 0 comments


ahli-ahli usrah pula perlulah menggunakan ruang serta peluang ini untuk memantapkan kefahaman Islam secara syumul serta beramal dengannya ke arah membina kesatuan fikrah dan menyumbang ke arah kebangkitan ummah.Aspek yang ditekankan dalam setiap perjumpaan usrah hendaklah lebih menjurus ke arah keperluan amal bukan sekadar menghabiskan masa dengan membahaskan teori semata-mata.

[baca seterusnya]


[ Baca Seterusnya ]
| edit post

الفقيرالى الله محمد فهمي بن ابراهيم

My photo
" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah, dalam tutur bicara ada gema tarbiyah, dan gerak langkah ada semangat mujahadah, dalam suluhan jiwa ada sinaran fikrah..." Pemilik diri merupakan anak jati Baling, Kedah Darul Aman. Pernah menuntut di SMKA Baling (SMKAB)dan meneruskan perjuangan dan cita-citanya di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).

ZON HERBALIS

ZON HERBALIS
Ke arah Merealisasikan Thibbun Nabawi

KEMBALI KEPADA FITRAH

KEMBALI KEPADA FITRAH
"Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah di waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan baik dalam beribadah. Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.." (Dr. Abdullah Azam)

JIHAD JALAN KAMI

JIHAD JALAN KAMI
Daulah yang dinanti

jom pi usrah !!!

jom pi usrah !!!

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN

Munajatku...

Munajatku...
“ Ya Allah, sesungguhnya Islam yang kami cintai ini takkan kami biarkan ianya diterjah oleh musuh tanpa pembelaan, daripada pencintanya di sepanjang zaman, semakin kuat Islam dihimpit semakin ramai pejuang yang bangkit…”

Baiti jannati

Baiti jannati
" Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka..." (at-Tahrim:6)

Nasihat untukku

Nasihat untukku
" Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Allah, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini..."

Jaringan IPT Tempatan


  • Mujahid agung

    Mujahid agung
    “Jiwa UMAT ISLAM tidak harus kecewa dengan kekalahan, kerana bukan kalah atau menang yang kita cari, tapi kebenaran yang kita kehendakkan” – (Ustaz Fadhil Noor)